Diary About

//LifedearStory
Follow Dashboard
KISAH NABI AYUB
22 June 2013 | 2 Superstar (s)!

assalamualaikum wbt and salam sejahtera readers. ekceli aku dah deleted semua posting yang hambar dan takbest. malamni rasanya aku nak share kisah nabi Ayub as. entah kenapa,time jalan dekat facebook, aku ternampak satu post dari someone boy, he said "ya Allah, dengan keadaan aku yang macamni, aku takdapat solat. sedihnya". look, layak ke kita diletakkan setinggi tinggi darjat macam nabi nabi yang lain.

ingat tak kisah nabi Ayub as? tahu tak apa ujian yang ditimpa oleh baginda? aku share sikit, nabi Ayub seorang yang sangat penyabar. malah tahap kesabaran dia amat dicemburui oleh syaitan syaitan. syaitan meminta izin kepada Allah dengan berkata "nabi Ayub dapat bersabar kerana badannya sihat. seandainya engkau memberi kekuasaan kepadaku Ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti kesabarannya." Allah mengizinkan dan syaitan memulakan operasinya mengganggu utusan Allah itu.

syaitan memukul tubuh nabi Ayub dari kepala sampai ke kaki sehingga baginda terkena penyakit sopak (penyakit kulit), tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah. alangkah deritanya nabi Ayub tatkala kudis dan lukanya terkena air wuduk dan tangan serta kakinya bersujud menghadap Allah. penderitaan baginda sehinggakan daging dari tangannya terjatuh ke lantai. masyaallah sakitnya. syaitan sangat terkejut kerana kesabaran baginda dan ketabahannya yang masih setia bersujud kepada Allah. baginda tidak sedikitpun mengeluh malah bersyukur atas ujian Allah swt.

again, again syaitan terus memusnahkan hidup baginda. sekarang, syaitan mempengaruhi isteri nabi Ayub as dengan menghasutnya sehingga sang isteri datang menemui nabi Ayub dan berdialog,

isteri: sampai bila Allah swt akan menyiksamu? di mana harta keluarga teman dan kaum kerabatmu? di manakah kemuliaanmu dahulu?

nabi Ayub: sungguh kamu telah dikuasai oleh syaitan. mengapakah engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu?

isteri: mengapa engkau tidak berdoa supaya Allah menghilangkancubaan darimu dan menyembuhkan serta menghilangkan kesakitanmu?

nabi Ayub: berapa lama kita mendapat kebahagiaan? aku malu jika meminta agar Allah melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa kebahagiaanku. sungguh imanmu tampak lemah. seandainya aku sembuh, nescaya aku akan memukulmu dengan 100 kali pukulan dari tongkat. pergilah kau dariku.

lihat, betapa kuat dan tabahnya nabi Ayub as. baginda mendapat ujian yang hebat, sehinggakan tubuh badan baginda terasa sakit apabila bergerak. baginda kehilangan orang yang baginda sayangi. baginda dipulaukan oleh kaum kerabat dan sahabat. namun, baginda tetap tabah dan sabar. tidak pernah sekali pun solat fardhu ditinggalkan. tidak pernah terlepas skalipun tanggungjawab baginda sebagai hamba Allah diabaikan. maka, berdoalah baginda dengan penuh kasih sayang dan Allah swt memulihkan tubuh badan baginda.

bayangkan, kita yang sakit setakat demam yang berapa suhu sangat tu, terus takdapat solat. taklarat katanya. tidur pula takbangun bangun. kepala berat, penat sangat katanya. yang bekerjaya, sanggup habiskan masa siapkan task task, banyak kerja katanya. bila fikir semula, layak ke kita ditempatkan di syurga? sungguh, kita sangat takut pada neraka Jahannam itu. tapi, di mana selayaknya kita. munasabah diri, minta pertolongan dariNya. Dialah maha Pengasih dan Penyayang. bukan nak samakan kita dengan Nabi, tapi ambillah iktibar. teladanilah mana yang munkin. munasabah diri dan fikir mana jalan kita selepas mati. harap posting ni dapat bagi manfaat pada semua orang.

to my facebook's friend, mengucaplah. banyak cara solat yang telah diajar dalam islam. islam tu mudah, janganlah kita rumitkan dia. ok dadaaaaaaa


Older Post | Newer Post
Superb


The Disclaimer



ADD ME: nrrsydh

Let's Talk!

No harsh word. Give your url blog not your email. You can ask me anything or whatever :)


Blog's Memories